10 saat untuk sahabat

sahabatku..

aku memanjatkan doa dgn kudus
di antara 2 khutbah
itu lah waktu yang mustajab untuk berdoa
kerana malaikat turut sama mengaminkan

agar kau diberi kebahagiaan dan perlindungan Tuhan
agar kau dilimpahi kasih sayang seluasnya
agar kau kembali ceria dan gembira
agar kau diberi kesihatan sempurna
moga kau dijauhi dari malapetaka

sahabat..

duduk antara 2 khutbah terlalu singkat masanya
hanya 10 saat untuk aku berdoa
semuanya aku doakan untuk kebaikanmu
hingga aku terlupa doa untuk diriku
namun andai ditambah 10 minit lagi
pasti aku doakan semuanya untukmu

cukupkah 10 saat itu sahabatku?


cj
jumaat 1 mei

nota: moga2 sahabat yang aku maksudkan itu cepat sejuk hatinya. hehe.. :)

0 comments: