umrah siri VI: hilang. sakit dan ujian

salam kembali :)

I. hilang.

hari pertama umrah. rombongan jamaah umrah dibagi dua. sekumpulan abah aku guide dn sekumpulan lagi aku guide dlm 5-7 org. slh sorg pakcik tua berumur 89 tahun. panggil saja dia wak B.

kami sedar wak B hilang waktu kami tawaf lagi. padahal dia sama2 tawaf dgn kami. penat juga menunggu lps tawaf dn saie. tp dia tak kelihatan. akhirnya kami blk hotel dgn sangkaan dia ada dlm hotel. tp tak ada juga.

usaha menyelamat dn mencari terus digerakkan. malangnya hanya 2 org yg sanggup mencari sbb yg lain2 keletihan dlm bas td dn umrah sebaik saja sampai mekah. cuma aku dn cikgu Mus yang gagahkan diri mencari. cikgu mus sudah tentu sbb wak B bapa dia. cikgu mus juga kali pertama sampai mekah.

kami berulang alik berjalan sejauh 5 kilometer dr hujung blok ke hujung blok. ke mesjid haram. ke tempat saie. semua kami pusing. akhirnya gagal jua. mana nk cari sorg tua dlm 1 juta org tgh2 mlm buta.

akhirnya kami terduduk kt tepi jln. cikgu mus mula menangis. kerja aku pula menenangkan dia. aku juga rasa bersalah sbb wak B dlm grup aku masa umrah. aku tk jaga betul2. stlh menenangkan diri, kami buat keputusan kembali ke hotel. mandi dn akan solat hajat dpn kaabah.

kami sampai ke bilik kira2 jam 1 pagi. tetiba wak B sudah ada dlm bilik. dia kata dia tersesat dn ada org hantar dia ke hotel. huhu. melihat cikgu mus dn wak B berdakapan, buat aku mengalir airmata..


II. sakit dan ujian.

aku mmg sedia demam dn batuk sejak dr malaysia. keadaan semakin buruk hari demi hari. hari kedua aku batuk darah. lengan baju melekat darah kering dn kt sinki kahak bercampur darah. mungkin tekak luka. tambahan pula cuaca amat panas.

salah aku juga. bekal ubat sebeban. tp blm makan walau sebiji pun. huhu. aku benar2 rasa lemah. akhirnya mengalah dn pergi ke farmasi utk beli antibiotik. syukur aku dpt bertahan dgn rasa sakit. kahak tk lagi bercampur darah. tp selsema dn batuk ttp sama mcm mula. aku hanya mampu berdoa agar terus diberi kekuatan utk umrah kali ni. huhu..


III. doa utk sahabat blogger.

hari kedua, maghrib. aku duduk dpn kaabah. kira2 30 meter dr kaabah. tepat menghadap makam ibrahim. aku keluarkan lipatan kertas yg aku print dr beg sandang. bbrp org blogger kirimkan doa. mana yg sempat aku print, aku catat, aku doakan semuanya dpn kaabah. mana yg sempat aku baca komen blog via nset juga aku doakan sekali.

asar sblm tu, aku buka blog aku via nset. baca komen kwn2 dn catat pesanan2 yg minta doa. itu le last aku dpt buka blog aku kt mekah. sbb lps tu blog aku tk dpt nk akses via nset lg. huhu

IV. umrah selang sehari.

cuaca amat panas. kesihatan pula merosot. aku cuma mampu lakukan umrah selang sehari. ada sekali tu 2 hari berturut2 aku tk buat umrah. badan sgt lemah. pernah juga solat di mesjid kucing sama ada zuhur atau asar. sungguh mudah aku tewas dgn ujian yg kecil spt nih. huh..

ada sekali tu, aku dh niat nk solat asar je kt mesjid kucing dpn hotel. pg sblm tu aku buat umrah dn rasa sgt letih. dlm lif cuma aku sorang. yg lain dh pergi mesjid haram agaknya. lif berhenti di tingkat 2. sorg tua masuk dgn memakai penutup muka.

kami mendiamkan diri dlm lif. hanya sekadar bertegur sapa biasa. sebaik kami keluar dr lif, tetiba dia tegur aku.

"solat saja kt mesjid haram. mesjid depan tk dpt 100,000 pahala"

hehehe.. mana dia tahu nih. haha. aku tk ckp pun kt dia. kekeke. timbul rasa malu lalu berjalan terus ke masjid haram.

org tua tu ialah datuk abu hassan din al-hafiz. hehehe. terkena aku ritu. haha..


V. org tua misteri di hari akhir umrah.

aku selesaikan umrah pd hari terakhir. keluar dari masjid haram melalui pintu marwa. tetiba seorg tua arab dtg dr depan sambil menunjuk2 ke arah aku.

dlm bhs arab dia bercakap sesuatu yg amat aku fahami.

rupanya dia mendoakan aku, agar umrah yg aku kerjakan sepanjang di mekah akan diterima Allah. tapi mana dia tahu yg aku last wat umrah ritu dn esok aku akan blk malaysia?. huhu..

Allah Maha Mengetahui. moga2 Allah terima umrah kami sepanjang di mekah. dn moga2 kami akan kembali semula ke sini. amin.

wallahu a'lam. :)

15 comments:

fr said...

:)
nice story..
pengalaman yg x dapat dibeli...

KaSiH said...

seronoknya...mcm tak puas la cj baca cerita ni..hihi..

fai said...

tq very much for such an amazing story. u r very noble for saying our prayers in front of kaabah..tq very much. my desire to go there has become million times than b4..:D

CAHAYA MATA said...

emm.. SAYA ikuti citer perjalanan umrah CJ.. tersentuh.. dan semangat nak ke sana semakin berkobar-kobar..

terima kasih CJ.. :)

p/s : kalau boleh nak CJ terus cerita lagi..hehehe..

pinatbate said...

CJ,
ceritalah lagi..lagi..lagi...

Mrs.Sheikh said...

salam ziarah..
baru dua kali jejak ke sini..
baca entri ni tiba2 kenangan menjengah.. rindu pada Baitullah.
bagai terpanggil2 suara azam masjidil haram..:)
pengalaman paling mahal.. serasanya Mekah tempat paling indah di dunia..

silversarina said...

Macam2 pengalaman CJ dapat di sana. InsyaAllah umrah yang dilakukan mendapat rahmat dariNYA.

Nadia Yuna said...

nadia suspen baca kisah wak b hilang tu, nadia penah buat umrah dulu, tapi time form 5, mcm tak berapa nak hayati sangat. bila baca experience cikgu, rasa nak pegi balik je.

** tapi sebelum pegi nadia nak belaja bahasa arab dulu. itu azam lepas balik umrah mase form 5 tu. sebab derita betul bile x paham ape org cakap. adehai.

nur'ain said...

uhu uhu. nape saye rase sedih

one said...

salam
ingat tak buka blogggg..
Insya Allah..taqoabballah

risanur said...

salam cj...alhamdulilah dapat juga menyelesaikan umrah walau pelbagai dugaan yg dihadapi...

iman_qaisara said...

salam cj...

sepanjang sy bace catatan cj ni hati sy jd sebak dan sayu... mudah2an sy dpt kesana nnt.. aminnn

tchersally said...

hati tersentuh dgn membaca pengalaman CJ nih..entah bila pula Sally akan jadi tetamu Allh..

banat @ saffa @ hazwani said...

salam CJ. harap doa saffa antara yg di print dan dibaca. sangat2 teringin nak ke sana dengan parents. pengalaman CJ ni mearik2 hati saffa nak ke sana :(

CIKGU PANJI said...

tak puas baca le cj.tak ada sambungan lagi ke?